SELAMAT DATANG ke Adieqhazzie Life&LOVE..semoga perkongsian di ruangan ini memberi manfaat kepada kalian yang membaca..salam ukhwah..

JOM LIKE!


MEAL SHAKES : MINUMAN MULTIVITAMIN!

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 



ANTARA MANFAAT DAN KELEBIHAN MEAL SHAKES :

1. Nutrisi Lengkap
Mengandungi 24 jenis vitamin, garam mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan.

2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, darah, organ, imun dan lain2.

3. Membantu tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran tubuh badan.

4. Anti oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan seri wajah
Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah yang sihat, sekaligus menjadikan wajah dan kulit lebih cantik dan sihat

6. Membantu Detokfikasi
Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

7. Lazat
Rasa French Vanilla memang enak diambil bersama susu segar dan buah-buahan yang menjadikan ia Mealshakes yang sedap.



SIAPA YANG PERLUKAN MEAL SHAKES?

Meal Shakes sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.Antaranya :

>>> Ibu hamil yang tiada selera makan, atau mabuk yang teruk.
>>> Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
>>> Mereka yang sukar untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
>>> Kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat dewasa.
>>> Anak-anak yang kurang selera makan, kurang antibodi, selalu demam dan alami sembelit
>>> Sesiapa sahaja yang selalu tidak sempat untuk minum pagi.

>>> Untuk warga emas juga.

Senang cerita untuk 1 famili la...hehe..pelbagaikan resepi Meal Shakes pasti mereka sukakannya..rasa French Vanilla yang sangat sedap dan yang paling penting..BERKHASIAT..;)

CEPAT2..PROMOSI MEAL SHAKES SAH SEHINGGA 30 JUN 2013 SAHAJA!! HARGA MEMANG RUNTUH..BELI SEBELUM STOK LICIN!


Jangan segan2 hubungi saya :

HAZIDAH BT KOSNIN
PM/SMS/CALL : 012-6727417
Shaklee ID : 884132
FB : Adieqhazzie Hazidah
PAGE : Life&LOVE Natural.Vitashop


10 TIPS AJAR ANAK BERCAKAP

Akhirnya jumpa juga tips nie..hehe.Iffah da semakin membesar..membebel pun ntah apa2 ntah..kadang-kadang faham apa yang dia cakap.tapi sepatah-sepatah la..harap boleh praktikkan tips nie untuk iffah..so, saya kongsikan di sini untuk info kalian yang singgah kat blog ni ye..Jom baca..


10 TIPS AJAR ANAK BERCAKAP 

1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi d engan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataan itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda. Saya sudah merasainya. DEMI ALLAH, ia sangat membahagiakan.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.


PRACTICE MAKE PERFECT...GOOD LUCK!


10 JUN 2013..Happy 2nd Anniversary..

Hari ni ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2...hihi..Alhamdulillah dipanjangkan umur ke saat ini dan harap2 dapat menjalani kehidupan bersama dengan puteri kecik kesayangan Nur Iffah Izzati..Terima kasih untuk en.hubby, Mohd Shukri sebab sangat memahami, penyayang, caring dan yang paling best cool je sentiasa..haha..luv u so much!

Tak banyak pun nak cerita hari nie..en.hubby pun keje arini.balik dah pukul 5 lebih..nak keluar kejap je malam kang.cari barang n jalan2..budak kecik ni dah siap pakai kasut.hai..belum apa2 dah nak ajak jalan..budak zaman sekarang kan.macam2 pandai..


Ok lah..saja je nak memeriahkan blog ni..tengah ada mood rajin la menaip..hehe.apa2 pun sempena hari istimewa hari ni saya harap semoga perkahwinan kami ni kekal selamanya sehingga ke syurga..Sayang dan bersyukur sangat dengan apa yang saya miliki sekarang..bahagia disamping insan-insan tersayang..Terima kasih ALLAH..

Layan la sikit gambar kami berdua, bertiga kat bawah nie..berempat belum lagi ye..hehe









Bagaimana suplemen bantu anda HAMIL?

Salam hujung minggu..Alhamdulillah akhirnya dapat ilham balik nak hidupkan blog nie..hehe.patut la kebanyakan SID memang ada blog..nak tau kenapa? sebab kat sini la boleh sharing n cerita puas2 tentang produk shaklee..banyak yang boleh di explore dengan produk shaklee ni especially bab2 kesihatan dan kecantikan..

So, hari nie saya nak kongsikan tentang SET KESUBURAN shaklee..antara set yang menjadi pilihan juga ni..ada beberapa vitamin yang boleh membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan juga wanita.Antara vitamin yang paling penting adalah ZINC, GLA dan juga VITAMIN E..vitamin tambahan pula adalah Vitalea, Vitamin C, B-Complex dan Omega Guard..Hari ni saya kita cerita dulu 3 vitamin yang paling penting tu ye..

1. ZINC


  • Zinc adalah sangat penting bagi kesuburan lelaki. 
  • Kajian menunjukkan sperma yang bagus mengandungi kandungan zinc yang sangat tinggi..
  • Zinc adalah unsur utama yang diperlukan untuk menghasilkan bahagian luar sperma dan ekor sperma yang kuat
  • Hanya sperma yang bagus dan berkualiti sahaja dapat melepasi rintangan-rintangan berasid dalam tubuh wanita, dan hanya sperma yang kuat dapat berenang jauh hingga bertemu dengan telur.
  • Zinc turut mempengaruhi jumlah sperma yang dihasilkan oleh lelaki.
  • Lagi banyak sperma yang dihasilkan, lagi tinggi peluang untuk telur bersenyawa dengan sperma. maka, lagi tinggi peluang untuk hamil.

2. GLA ( Gamma Linoleic Acid)


  • GLA ini pula sangat penting bagi kesuburan wanita. 
  • Tahukah anda bahawa warna lendir serviks boleh memberi petanda kesuburan seseorang wanita.
  • Lendir serviks adalah lendir yang keluar selepas kita kering darah haid. 
  • GLA membantu menghasilkan lendir yang subur, iaitu lendir yang berwarna putih jernih, nipis dan stretchy. 
  • Lendir begini akan memudahkan sperma berenang ke arah tiub fallopio
  • Lendir yang subur ini juga membolehkan sperma bertahan selama 5 hari walaupun ovulasi belum bermula.
  • Nanti apabila telur mula dihasilkan, sperma boleh berenang ke arah telur dengan selamat tanpa banyak cabaran
  • Lendir yang tidak subur adalah lendir yang coklat, tebal dan kering.
  • GLA turut membantu menstabilkan hormon dan seterusnya membetulkan semula kitaran haid.
  • Jadi, jika sesiapa yang mempunyai masalah haid tidak stabil, kejap sebulan datang, kejap 2 3 bulan baru datang, bolehlah amalkan GLA.
  • In Shaa Allah, bila haid stabil, lebih senang untuk predict waktu subur.



3. VITAMIN E


  • Vitamin E pula adalah untuk kegunaa kedua-dua suami dan isteri yang berfungsi sebagai antioksidan.
  • Antioksidan adalah penting untuk membunuh radikal bebas yang bermaharajalela di dalam tubuh kita. 
  • Ini kerana radikal bebas didapati boleh mengganggu penghasilan sperma dan telur yang berkualiti.
  • Radikal bebas ini boleh didapati dari tempat kerja jika suasana kerja kita terdedah kepada bahan kimia sepanjang masa. 
  • Radikal bebas juga terdapat di dalam makanan seharian kita especially sumber makanan yang bukan kita tanam di belakang rumah kita.
  • Manalah kita tahu sumber makanan itu disembur dengan pestisid ke, dibaja dengan baja yang macam mana..itu semua boleh memberi kesan kepada kesuburan tubuh. 
  • Vitamin E akan berfungsi untuk memerangi radikal-radikal bebas ini.

                    ........................................................................................


Haa..sekarang boleh la buat pilihan anda. Suplemen semulajadi juga boleh membantu memperbaiki tahap kesuburan kita. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang berlaku dalam tubuh kita. Dengan usaha yang berterusan dan bantuan dari suplemen serta DOA yang tidak putus2..In Shaa ALLAH anda masih mampu untuk memiliki cahaya mata! yang penting ada usaha..:)



nak suplemen shaklee? 
Jangan segan2 hubungi saya :

HAZIDAH BT KOSNIN
PM/SMS/CALL : 012-6727417
Shaklee ID : 884132
FB : Adieqhazzie Hazidah
PAGE : Life&LOVE Natural.Vitashop